Tuesday, February 15, 2011

ANAK SUSUAN???

Permulaan bicara blog kita...



Apakah maksud ANAK SUSUAN?...

ANAK SUSUAN ialah anak/baby yang kita telah kenyangkan perut baby itu dengan susu ibu drp badan kita (ibu) sendiri bagi baby kurang 2 tahun sebanyak 5 kali penyusuan penuh atau sehingga baby kenyang... Susu ibu itu akan membentuk tulang dan isi bagi badan baby itu...  Itulah baru baby tersebut dipanggil Anak Susuan kita...
Tidak kira samada baby tersebut Anak Angkat kita atau bukan anak angkat kita... Contohnya, anak keluarga kita ker, anak abang ker anak kakak ker, anak adik ker atau anak kawan kita ker atau anak sesiapa sahaja, yang kita (ibu) telah memberikan susu badan sehingga kenyang/penyusuan penuh sebanyak 5 kali kenyang baby, dikira sebagai Anak Susuan juga.


Kenapa kita ingin menjadikan Anak Angkat kita sebagai Anak Susuan kita?


1) Memudahkan hubungan pergaulan Anak Susuan ngan kita, Ibu/ayah/adik beradik sesusuan...
2) Merapatkan hubungan antara ibu/ayah dan adik beradik susuan mereka... 
3) Mengikut Sunnah Rasulullah... Memberikan susu ibu kerana susu ibu adalah susu yang terbaik buat seorang anak...


MUHRIM

Setelah kita (ibu) menyusukan anak itu mengikut syarat2 yang ditetapkan, 5 kali penyusuan penuh sehingga kenyang, maka anak tersebut telah menjadi Anak Susuan kita, Ibu/ayah...

Hubungan antara kalian adalah MUHRIM... Tidak batal air wudhuk dan juga batas aurat seperti ayah dan ibu kandung... 

Begitu juga dengan adik beradik sesusuan... Maksudnya, anak kandung daripada ibu/ayah tadi... mereka menjadi adik beradik sesusuan... Tidak batal air wudhuk dan juga batas aurat seperti adik beradik kandung...

Adik beradik susuan juga tidak boleh kawin kerana telah menjadi muhrim. 

Dari segi muhrim, hanya dengan ibu/ayah/adik beradik kandung sahaja yang menjadi muhrim, tapi dengan ahli keluarga lain tetap BUKAN MUHRIM... 


WALI
 
Dari segi WALI, ayah susuan TIDAK BOLEH menjadi wali kepada anak perempuan susuan... mesti mendapatkan ayah kandung sebenar atau menggunakan wali hakim.


HARTA PUSAKA/FARAID

Dari segi pemberian HARTA PUSAKA/FARAID, Anak susuan tidak termasuk dalam pembahagian harta pusaka/faraid bagi ibu/ayah/saudara angkat mereka... Maksudnya, ibu/ayah angkat kenalah membuat pembahagian harta pusaka terlebih dahulu sebelum meninggal dunia agar tidak timbul masalah kelak... Kesian Anak Susuan tiada dapat apa2 daripada peninggalan mereka... Pembahagian secara rasmi bolehlah dibuat di Majlis Amanah Raya Berhad untuk membahagian harta kepada Anak Susuan ini...





Thursday, February 10, 2011

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... Dengan izinNYA, saya amat bersyukur pada malam ini dapat mencipta blog ANAK SUSUAN ini dengan bantuan dan sokongan padu serta tunjukajar daripada suami tercinta, Mohd Rashdan Ramlee...

Idea ini tercetus setelah mendengar nasihat dan panduan daripada Irfan Khairi... Semangat berkobar2.. Suamiku tercinta yang memberi idea dan title untuk blogku ini... Thanks a lot, Ayang... May ALLAH Bless U 4ever n ever... Happy with us...

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H pada 15 Februari 2011 nanti... Marilah kita sama2 mengambil contoh Sirah Rasulullah sebagai Anak Susuan kepada Ummi Halimatus Sa'diah... Betapa pentingnya penyusuan susu ibu itu dan hukum hakam berkaitan dengan hubungan keluarga dan anak susuan.  

Semoga dengan wujudnya blog ini, akan dapat membantu ibu ayah yang ingin menjadikan anak angkat mereka sebagai Anak Susuan tercapai... Insya'ALLAH...